#PrayForGaza

#PrayForGaza

SUPPORTERS

Monday, May 9, 2016

FITRAH MANUSIA




Cinta ialah fitrah.Untuk mengurus fitrah kita perlukan hidayah.Tanpa hidayah (petunjuk), fitrah cinta akan bertukar menjadi fitnah.

Gara-gara cinta yang meminggirkan hidayah, generasi menjadi musnah.Kerosakan sudah berlaku terlalu banyak, tetapi sangat sedikit yang mengambil iktibar agar tidak mengulangi kerosakan yang sama.
Sungguh, kita seperti kelekatu yang tidak pernah melihat akibat buruk yang menimpa kawan-kawannya yang sudah menjadi korban akibat menerjah sumber cahaya.

Rasulullah S.A.W kerana cintanya kepada Allah, sanggup bermati-matian memperjuangkan Islam.Dia dicerca, diseksa dan diancam bunuh, namun Baginda tetap tabah untuk membawa umatnya kepada Allah.Ya, Rasulullah sangat mencintai Allah dan sangat mencintai umatnya dan dengan dua cinta itulah Baginda seolah-olah tidak terasa beban kesusahan dalam menyampaikan ajaran Islam.


"Cinta mengecilkan derita, mengucupkan sengsara."

-Ust Pahrol Mohd Juoi - Cinta Yang Membunuh Jiwa-


 




Seseorang itu perlukan hidayah.Tanpa hidayah (petunjuk), fitrah cinta akan bertukar menjadi fitnah.

Gara-gara cinta yang meminggirkan hidayah, generasi menjadi musnah.Kerosakan sudah berlaku terlalu banyak, tetapi sangat sedikit yang mengambil iktibar agar tidak mengulangi kerosakan yang sama.Sungguh, kita seperti kelekatu yang tidak pernah melihat akibat buruk yang menimpa kawan-kawannya yang sudah menjadi korban akibat menerjah sumber cahaya.


Rasulullah S.A.W kerana cintanya kepada Allah, sanggup bermati-matian memperjuangkan Islam.Dia dicerca, diseksa dan diancam bunuh, namun Baginda tetap tabah untuk membawa umatnya kepada Allah.Ya, Rasulullah sangat mencintai Allah dan sangat mencintai umatnya dan dengan dua cinta itulah Baginda seolah-olah tidak terasa beban kesusahan dalam menyampaikan ajaran Islam.

"Cinta mengecilkan derita, mengucupkan sengsara"

Ust Pahrol Mohd Juoi - Cinta Yang Membunuh Jiwa