#PrayForGaza

#PrayForGaza

SUPPORTERS

Wednesday, April 16, 2014

JAUHILAH IA JIKA ITU YANG TERBAIK

Lelaki yang tampan pada wajahnya sangat banyak..
Akan tetapi.. Lelaki yang tampan imannya sangat sikit dan hampir pupus..

Wanita yang cantik rupa parasnya juga menimbun dipasaran..
Akan tetapi.. Wanita yang cantik akhlaknya tidaklah seberapa..

Lelaki dan wanita yang mencari cinta juga banyak..
Akan tetapi.. Mereka yang masih punyai cinta yang suci hanyalah sedikit..

Lelaki dan wanita yang suka dipuja puji juga tak kurang banyaknya..
Akan tetapi.. yang benar-benar drpd hati tidaklah seberapa..

Lelaki dan wanita yang suka dirayu juga terlampau banyak sehinggakan melimpah..
Akan tetapi.. Mereka yang diminta utk dinasihati dan mahu menasihati kpd kebaikan hanyalah sedikit yg hanya sekecil zarah..

Lelaki dan wanita yang hanya mengejar cinta nafsu juga banyak..
Akan tetapi.. mereka yang mahu segerakan cinta mereka kpd yang lebih halal amat sikit..

Itulah kenyataan nya..

Ada baiknya jika..
Seseorang itu hadir dlm hidup kita..
Seseorang itu hadir utk menawarkan cinta..
Seseorang itu hadir hanya utk mempermainkan cinta..
Dan.. Seseorang itu hadir utk menyakiti dan menguji hati dan perasaan kita..

Maka..
Jalan yang terbaik adalah jauhi mereka yg sebegii rupa..
Jgn pernah terjebak di dalam nya..




"Jika benar cinta dan sayang, usahakanlah agar kita dapat menjauhi si dia drpd api neraka"





Thursday, April 10, 2014

JIKA ITU...

Assalamualaikum..
Syukur kita masih dberi peluang untuk bernafas dan mengerjakan amal ibadah lagi. Dan diberi kesempatan untuk kita bertemu di sini lagi.

Sy nak share 1 quotes.

Sabda nabi S.A.W:
"Sesiapa yg jatuh cinta kemudian menyembunyikannya sehingga kematian datang kepadanya, maka dia adalah seorang yg syahid"""""

Buat rakan-rakan sekalian.. Cinta itu fitrah...

TAPI..
ia juga bole menjadi FITNAH. Dalam kehidupan kita nih, biarlah kita dijauhkan daripada fitnah dan bersabar atas dugaan dan cabaran yg datang daripada ALLAH.
"Sesungguhnya, ALLAH tidak akan turunkan suatu musibah kepada kamu, jika DIA tidak tahu akan kemampuanmu."
Setiap manusia mempunyai perasaan cinta dan menyintai. Cinta itu juga mempunyai tafsiran yang luas dan berbeza-beza. Rasa cinta dan sayang itu bukanlah hanya terbatas kepada lelaki dan wanita sahaja.
Cinta itu sangat universal dan boleh dizahirkan dalam apa jua bentuk dan apa jua keadaan. Rasa cinta itu boleh diterjemahkan kepada rasa cinta terhadap kerjaya atau kerja, harta, ilmu dan sebagainya.
"Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan senja hari dengan mengharapkan keredaan-Nya; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batasnya ." (Surah al-Khafi : 28)
Semoga kita semua istiqamah dalam kehidupan yg penuh liku dan cabaran ini.. Dan semoga kita syahid d jalan yg diredhai ALLAH.. Waallahu'alam...

Wednesday, April 9, 2014

KEBAIKAN vs KEBURUKAN

Zaman sekarang ni.. kebaikan dan keburukan takde limit
sb both of it will combine together adn sometimes.. it can make it just neutral..

Watak hidup kita hari ni.. kadang-kadang buatkan kita jd keliru utk pilih jalan yg baik atau yg buruk.. dan ada jugak jalan yg baik utk kita.. tapi.. kita tersalah pilih jalan..
dan yg lebih teruk lagi.. bila kita buat benda buruk tu dh jadi mcm habit.. dah jd sebati dlm diri sampaikan kita tak tau yg mana buruk dan baik utk kita..

"Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dgn kebaikan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya"
[Surah Al-Baqarah: ayat 42]

Apa gunanya ada al-quran di tengah-tengah kita andai habit dan kebiasaan lebih diutamakan dlm kehidupan kita..
Apa yg telah diharamkan dlm al-quran masih dipandang remeh dan kadang-kadang ada memperlekehkan kalimah Allah.. sb ape??? sb budaya yg kita nampak dan ada sekarang ni la yg buat kita tak nampak mana yg halal.. mana yg haram.. mana yg baik dan mana yg buruk..

Contoh mcm couple.. sekarang ni.. budak tadika pun dh pandai ber 'LOVE'2 dgn couple dia.. dan ada tu sampai dh pandai DATING.. ha.. bayangkan la bila budak kecik tu dh pandai mcm tu.. kita yg dewasa ni.. yg ada akal dan boleh bezakan buruk dan baik pun masih ikut budaya mcm ni.. dan bila kita tak couple.. atau takde pakwe dan makwe.. mereka2 ni akan anggap kita ni.. selekeh.. kuno.. sb terlalu mengagungkan budaya drpd syariat yg telah ditetapkan..

Kehidupan kita sebenarnya.. dah tersusun cantik.. dan Allah dah susun elok2.. tapi.. kita yg masih lagi buta dan masih lagi tidak berpijak di bumi yg nyata..

Allah dh melarang kita drpd mencampurkan kebaikan dan keburukan, tapi.. yg kita nampak hari ni.. adalah sebaliknya..

Kebaikan dan keburukan ibarat minyak dan air yg takkan boleh compound each other.. dan takkan jd sebati walau kita guna kaedah mcm mne sekalipun.. ia tetap takkan bercampur selamanya..

Bila kita buat sesuatu tanpa ilmu dan landasan syariat.. kita mungkin boleh jd sesat.. dan lebiih teruk lagi.. kita akan jadi 'GILA' dlm perbuatan kita tu.. so jgn pelik lah.. klu tengok mereka2 yg cerdik bijak terkandas di hosptal bahagia..

Segala kebaikan yg kita rasa kebaikan, rupanya mendatangkan dosa dlm diam.. Bijak kan syaitan dan iblis manipulasikan otak dan hati kita.. sampaikan 'mereka' tertawa bila kita jatuh ke genggaman 'mereka'

I'm sure that none of us dun wan to be 'BEZFRENZ' with de devil or be de 'BADDEST' human in de world.. but... do we realize that.. sometimes.. when we do something.. still it be de greatest effect to others and ourselves.. bcoz.. we still not 100% knows what is good and what is bad..



Jgn jadikan budaya dan persekitaran kita ni sebagai pengubah terhadap pegangan kita.. be like coffee bean.. not the water changed us.. but.. we changed de others..
Kalau tak mampu buat baik terhadap semua orang.. Berbuatlah kebaikan kpd ahli keluarga dan saudara terdekat..dan.. kalau tak mampu jugak.. berbuatlah kebaikan kpd diri kita..
sb.. kalau kita tak tau nak malu dgn manusia.. timbulkan lah rasa malu kpd Allah..

"Berbahagialah orang yg dijadikan Allah pemegang kunci-kunci kebaikan. Celakalah orang yg dijadikan Allah pemegang kunci-kunci kejahatan"
[Hadis Riwayat Ibnu Majah]

Andai kita bercermin di cermin yg retak mest apa yg kita nampak jd buruk dan senget..
Sama la juga mcm kita hari ni.. andai nk berbuat sesuatu jadikanlah al-quran dan sunnah sbg pegangan nombor satu..dan jadikanlah keduanya sbg teman sehidup dan semati..
Insyaallah selamat di dunia dan akhirat..
Maaf andai terkasar bahasa dan ada kekhilafan yg sy tak sedar.. sy sebagai hamba.. byk yg perlu dipelajari dan betulkanlah andai nampak kesilapan sy.. bukan membenci tanpa kata..
Wassalam



p/s: Life is a journey.. from Allah and to Allah.. wallahualam..