#PrayForGaza

#PrayForGaza

SUPPORTERS

Thursday, January 16, 2014

WITH LOVE

People who can sense the sorrow in your smile..
The love behind your anger..
And the meaning behind your silence..
They are the ones who always care and love you..


p/s : Love them and appreciate them with all your heart..


Tuesday, January 14, 2014

UJIAN DI HARI MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum.. selamat menyambut maulidur rasul kpd sahabat semua..
smoga diperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW..

okeh.. nk dijadikan cte..aku baru balik drpd HDOK..

haa.. lambat kan..
dijadikan cte..

ada member gi sambut baby.. dan time dia sambut baby.. 5x blackout kt labour room..
haa.. tu satu..

lagi satu.. lpas selamat menyambut baby boy yg beratnye 2.8kg.. kitorang pun nk balik..
dan.. =.=

kete rosak.. bateri weak..
so.. nak tak nak.. terpaksa la cari orang yg ada jumper..

sb kete ni auto.. bukan manual.. kena guna jumper jugak..
tak ble guna main tolak je..

dan.. ada la hero kitorang nih.. Krisnah.. huhu..
dia la yg bwa jumper dia drpd batu10 sampai ke HDOK..
huhu.. thanx to him that we can go back safely..

Alhamdulillah.. time balik tu Krisnah follow drpd belakang sb dia takut la klu ape2 jd kt kitorang kan.. huhu..
rse terharu sgt dgn pertolongan dia..

Alhamdulillah.. :)

Tuesday, January 7, 2014

WHO ARE WE???

Siapa kita di hadapan Allah??

Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar...

Subuhnya..
dimana kita berada..
masih terlentok dlm kelambu rindu..
sambil berfoya-foya dgn waktu
masa bagaikan berlari laju..
tetapi.. tiada langkah utk arah tuju..
fikiran seakan bercelaru
terlupa akan waktu semakin habis
siapa kita di hadapan Allah??

Zohornya..
kita lebih memikirkan kelaparan, kehausan dan rehat kita..
kita lebih mementingkan tuntutan akademik dan kerjaya..
kita bertolak ansur dgn waktu
kita terlupa lagi akan betapa besar kerugian..
jika kita menggadaikan sebuah ketaatan dan kepatuhan..
siapa kita di hadapan Allah?

Asarnya..
kita seakan lupa warna masa
yg cepat berubah dan bagaikan ditolak-tolak
tapi kita masih dgn ice-lemon tea
terlupa akan waktu yg semakin hujung di kepala
kita masih meneruskan bercerita hal dunia
siapa kita dihadapan Allah?

Maghribnya..
kita melihat warna malam
tapi kita masih merayap di sebalik tabir
mencari sisa-sisa keseronokan dunia
tidak terasa spt waktu kian singkat
jalan yg bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa kita dihadapan Allah?

Isyaknya..
kerana masa yg panjang..
kita hanya membiarkan penat menghimpit dada..
dan terus membiarkan kelesuan mengganggu kita..
akhirnya.. kita terus terlena sambil tarik selimut lembut
berkira-kira dgn waktu..
siapa kita dihadapan Allah?

Dan akhirnya.. kita tertanya-tanya kpd diri kita
sampai bila kita akan melambatkan sujud kita..

apabila azan berkumandang lagi...
kita takkan membiarkan masjid dan surau yg berdekatan menjadi sepi..
kerana di hujung hidup ada mati sebagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika ruang kita dibiarkan kosong
jika wajah menjadi asing pada mentari dan bintang...

siapa kita dihadapan Allah?


"No man is a true believer unless he desires for his brother that, he desires for himself"
[Riwayat Bukhari & Muslim]

Wednesday, January 1, 2014

KISAH WANITA DAN SEBUNGKUS BISKUT



Kisah ini berlaku di salah lapangan terbang. Seorang wanita membeli sebungkus biskut dan disimpannya dalam beg tangannya. Sementara menunggu waktu berlepas, beliau singgah di sebuah restoran.
Wanita itu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di restoran tersebut, dimana seorang lelaki sedia ada duduk di sebelah wanita tersebut.


Kebetulan tiada lagi tempat/ meja lain tanpa pelanggan. Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya. Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas meja itu.

Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata , 
"Sedapnya kamu memakan biskut aku tanpa meminta izin pun". 
Dan setiap kali wanita itu mengambil biskut,setiap kali itu jugalah lelaki itu mengambil dan memakannya.

Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan kepalang. Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan sangat ceria dan tersenyum lebar meskipun dia sedar wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya.

Sehingga tinggal sekeping biskut yang terakhir diatas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya. 
Dalam hatinya berkata : 'Aku mahu melihat apa lelaki itu buat pada biskut yang sekeping itu".
Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil biskut itu dan dipatahkannya menjadi dua- sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi lalu dimakan. Bertambah-tambah sakit hati wanita itu.!

Setelah mendengar pengumuman penerbangan, wanita tersebut terus bangun menuju ke pesawat. Di dalam pesawat, wanita itu membuka beg tangannya dan alangkah terkejutnya , didalam beg tangannya masih ada biskut yang dibelinya tadi. Barulah wanita itu tersedar biskut yang dimakan tadi adalah biskut lelaki tadi!
Ya, apa bezanya wanita itu dan lelaki tersebut? Meskipun lelaki itu berkongsi biskutnya dengan wanita itu tetapi tetap ceria meskipun reaksi negatif wanita yang memakan biskutnya, bahkan sanggup berkongsi biskut yang terakhir.Sebaliknya wanita itu tidak gembira dan sakit hati justeru dibelenggu prasangka buruk.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.