#PrayForGaza

#PrayForGaza

SUPPORTERS

Wednesday, December 24, 2014

PRAY FOR PANTAI TIMUR

Sedap hati membaca...
Berbekam dalam jiwa...



Ye...di balik titis-titis hujan yg jatuh, Allah membawa bahasa cintaNya kpd manusia...
Allah tidak zalim...
Malah Allah kasih...
Lihatlah dgn hatimu..


Andai air bah ini tidak menjadi tragedy, pasti konsert2 ambang tahun baru itu akan diadakan..
Betapa ramai anak2 luar nikah akan dilahirkan...





Lihatlah lagi..
Allah memberi kita ruang utk memberi sedekah...menghulur bantuan..
Lihatlah lagi...
Allah memberi kita ruang utk memberi sedekah...menghulur bantuan..
Lihatlah lagi...
Masjid2 diwarnai dgn bacaan yasin, tahlil dan solat hajat...
Jika tidak krn air bah, barangkali jemaah hny dtg utk bersolat shj..


Lihatlah lagi kasih Allah...
Semua para pemimpin turun padang buat kerja dr mrk duduk saja..
Lihatlah lg..
Dana kerajaan dpt disalurkan pd jalan yg betul..
Andai air bah ini tidak hadir, mgkin juga rasuah melata sana sini...
Allah memelihara M'sia dgn kasihNya..





 

Ini ujian...ujian ini pasti tidak lama..
Ujian utk menyatukan seluruh insan..
Sampaikan kpd mangsa2 banjir..
Spy mrk juga dpt melihat musibah ini sbg jalan utk mrk membantu negara menyelamatkan 'sesuatu' dr 'sesuatu'



Sebarang bantuan atau derma boleh disalurkan melalui mana2 institut NGO atau pihak yg bertanggungjawab spt:

   
MIMPA MALAYSIA

atau boleh terus pergi ke lokasi2 terpilih spt:

Lokasi terpilih untuk salurkan bantuan

Sunday, November 9, 2014

JAUHI UJUB & SOMBONG



Dengarkan 1 kisah...

Suatu hari, di tepi Sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dgn seorang perempuan. Dan di sisi mereka terletak sebotol arak.

Kemudian Hasan berbisik di dlm hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!"

TIba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam.

Lelaki yg sedang duduk di tepi sungai tadi segera terjun utk menolong perahu yg hampir lemas kerana mahu karam. Dan alhamdulillah, 6 drpd 7 org penumpang itu berjaya diselamatkan.

Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau lebih mulia drpd saya, maka dgn nama Allah, selamatkan seorang lagi yg saya tidak sempat utk saya selamatkan. Engkau hanya diminta utk menyelamatkan seorang sahaja lagi manakala aku sudah selamatkan 6 org tadi"

Bagaimanapun, Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang lagi.

Maka lelaki itu pun berkata kpd Hasan,
"Tuan, sebenarnya perempuan di samping saya ini adalah ibu saya. Dan botol yang arak yang tuan nampak ini hanya berisi air biasa sahaja. Bukan anggur mahupun arak"

Lalu Hasan al-Basri tertegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan 6 org tadi drpd bahaya tenggelam ke dlm sungai, maka selamatkanlah saya drpd tenggelam dlm kebanggaan dan kesombongan."

Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan permohonan tuan"

Semenjak itu, Hasan al-Basri selalu merendahkan hati. Bahkan, dia selalu menganggap dirinya sebagai makhluk yg tidak lebih drpd orang lain.


Dan... drpd cerita ini.. Ambil iktibar atas apa yg akan saya perkatakan di bawah ini..

Jika Allah membukakan pintu solat tahajjud utk kita, janganlah kita lantas memandang rendah kpd saudara seiman yg sedang tidur nyenyak..

Dan.. Jika allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah kita memandang rendah saudara seiman yg tidak ikut berpuasa sunat.

Boleh jadi org yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dgn Allah drpd diri kita.
Ilmu Allah sangat luas. Dan jgn pernah bersangka buruk terhadap org lain dan memandang tinggi pada diri kita.
Jangan pernah ujub, bangga dan sombong pada amalan kita.

"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang"
[Surah Al-Isra': ayat 37]



"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang sombong takbur lagi membanggakan diri"
[Surah Luqman: ayat 18]

Jangan jadikan pandangan mata kita seperti mata lalat yang hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk, yakni yang hanya melihat kpd keburukan dan kesalahan org lain.
Jadikanlah pandangan mata ini seperti mata lebah yang hanya memandang kpd kewangian dan keindahan, yakni yang hanya memandang kebaikan orang lain sehingga melupakan keburukan orang lain.

wallahualam

p/s: check semula hati kita kalau kita rasa kurang senang bila melihat kebaikan org lain.





Wednesday, October 15, 2014

DUHAI BADAN



Duhai badan

Masih banggakah engkau
Dengan lekuk indahmu
Cantik parasmu
Montok dadamu
Ramping pinggangmu
Sexy dandanmu
Manis senyummu
Mulus kulitmu

Hingga kau bangga dan riak
Kau sombong
Kau merasa dirimu paling cantik
Kau rasa senang bila dipuji dan dipuja
Dengan dirimu sendiri

Duhai badan..

Tidak sedarkah engkau
Bahawa kecantikanmu itu hanya sementara
Walaupun kau merasa senang
Itu cuma hanya di dunia dan bukan di akhirat

Duhai badan

Tahukah maksud lelaki memujamu?
Mungkin tulus
Mungkin tidak
Mungkin hanya stok 'geli-geli'
Mungkin menganggapmu hina
Mungkin memandangmu hanya sebelah mata
Mungkin dgn niat mempermainkan dirimu
Dan mungkin juga untuk teman sahaja
Dan banyak kemungkinan itu dan ini
Sedarkah engkau wahai badan???

Duhai badan

Renunglah sejenak
Fikirkan semula
Lihat dan saksikanlah setiap rakan dan temanmu
setiap perlakuannya terhadapmu
Setiap ucapannya terhadapmu

Dan renungkan semula dan temukan jawapannya pada dirimu

Dan kau akan tahu
Dan kau akan mula sedar

Siapa dia yang tulus
Siapa dia yang akan membawa dan mengheretmu ke arah maksiat
Siapa yang membawamu ke arah kebaikan dan membimbingmu

Kau akan sedar, dan sedar erti dirimu di hadapan teman-teman dan rakanmu


Duhai badan

Masihkah engkau masih merasa bangga?
Masihkah engkau senang?
Masihkah engka mampu tersenyum?
Masihkah engkau rasa dirimu paling cantik?

Ingatlah!!!!!!!!

Mereka akan meninggalkan dirimu
Mereka akan melupakan dirimu
Mereka akan katakan..
Kau hanyalah sampah

Dan ingatlah!!

Bukan kecantikan yang akan kau bawa apabila mati
Melainkan iman, Islam, amalan dan ketaqwaan dirimu yang hanya akan menjamin dirimu di akhirat sana




Dan kau perlu ingat..
Yang kau hanya CALON MAYAT!

Sedarlah bahawa, kecantikan bukanlah segala-galanya.
Ilmu dan amalan yang akan membuat dirimu, wahai wanita insyaallah akan mulia dan bahagia




Monday, September 8, 2014

JIKA ITU YANG TELAH TERTULIS



Apabila dua hati ditautkan dan telah ditakdirkan utk hidup bersama..

Maka..
Sejauh manapun mereka berada..
Sebanyak manapun rintangan dan badai yg melanda..
Sekuat apapun usaha mereka utk menghindarkannya,,
Dan, walaupun mereka tidak pernah bertemu dan tidak pernah membayangkan yg mereka akan bersatu..

Pasti, Allah akan tetapkan mereka utk bersatu hingga ke Jannatul Firdaus..



Seperti magnet yg menarik mereka..
walaupun tidak pernah utk meluahkan rasa mahupun berkata-kata..
akan ada hal yg datang yg akan membuatkan mereka utk bersatu dan akan ada sesuatu yg akan membuatkan hati mereka tertaut dan akhirnya bersatu..


Walaupun begitu..

Apabila ditetapakn mereka utk tidak berjodoh..

sebesar manapun usaha mereka utk saling mendekat,.
sekuat apapun perasaan yg ada diantara keduanya..

Pasti akan ada hal yg kahirnya membuatkan diri mereka utk saling menjauh..
dan saling merasakan tidak serasi dan menyedari bahawa mereka tidak ditakdirkan utk bersama dan akan ada sesuatu yg membuatkan diri mereka utk tidak bersatu dan akhirnya terlerai ikatan yg terbina..

Namun begitu..


Yakinlah dgn segala ketentuan yg telah diberikan oleh Allah..
Yakinlah dgn apa yg telah tertulis di lul mahfuz..

Kerana.. Apa yg terbaik kita, hanya Allah yg mengetahui apakah rahsia itu..

Dan.. Ingatlah..

Jika kita tidak bersama dgn orang yg kita sayang..

Itu bukanlah bermaksud yg kita tidak baik utk dirinya.. Tetapi.. Allah mahu kita utk dapat yg lebih baik lagi drpd dia.. 

Yakinlah pada janji Allah..

Allah telah meletakkan dirimu diantara dirinya..

Tulang rusuk dan pemiliknya takkan tertukar..

Bertemu jodoh dgn orang yg kamu cinta mungkin satu kebetulan.. Tapi mencintai siapa jodohmu adalah satu kewajipan


"Ya Allah.. Ku mohon apa yg telah Engkau Takdirkan..
Ku harapkan dia adalah yg terbaik buatku.. Kerana Engkau lebih tahu segala isi hatiku..
Aamiinn"




Wednesday, August 20, 2014

ANTARA DUA KASIH



Deru ombak pecah berderai 
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan di ibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah di jumpa namun sukar di pelihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih sesama insan
Bisa mengundang keredhaan Tuhan
Jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah di jumpa namun sukar di pelihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya.....

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanyalah sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan di ibaratkan
Bagai ombak merubah pantai


Lagu By UNIC

Wednesday, August 6, 2014

MAAFKAN AKU YA ALLAH

Maafkan aku Ya allah..
Bila ku tidak khusyuk & mencuri dalam solat yg aku persembahkan padaMu

Maafkan aku Ya Allah..
Bila aku sombong dan angkuh utk berdoa padaMu

Maafkan aku Ya allah..
Bila aku tidak bersyukur dgn apa yg telah Engkau kurniakan kpdku

Maafkan aku Ya allah..
Bila aku marah dgn takdir yg Engkau Putuskan keatasku

Maafkan aku Ya allah..
Bila aku enggan berlapang dada denganMu

Maafkan aku Ya allah..
Bila aku bersangka buruk denganMu

Maafkan aku Ya allah..
Bila aku lebih gembira bersama teman-teman berbanding denganMu

Maafkan aku Ya allah..
Bila aku terlalu sibuk mengejar duniawi sehinggakan aku lupa utk sujud kepadaMu

Maafkan aku Ya allah..
Bila aku memohon keampunanMu namun kemudian tetap sahaja aku ulangi dosa-dosa lalu

Maafkan aku Ya allah..
Bila aku tak pernah setia kepadaMu

Ya Allah, aku memohon keampunan daripadaMu
Maafkan aku Ya Allah
Sungguh... Aku bertaubat padaMu, Ya Allah
Hanya Engkau sahaja yang Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat

Aku memohon kepadaMu, Ya Allah
Izinkanlah aku untuk mencintaiMu selamanya
Dan, kumohon janganlah Engkau berpaling kepadaku.

Aamiinn.. Ya Rabb



p /s : Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya utk Allah SWT
Insyaallah..

Friday, July 18, 2014

BETTER TOGETHER



There's no combination of words I could put on the back of a postcard
No song that I could sing but I can try for your heart
Our dreams and they are made out of real things
Like a shoebox of photographs with sepia-toned lovin'

Love is the answer at least for most of the questions in my heart, like
"Why are we here?" and, "Where do we go?"
And, "How come it's so hard?"
It's not always easy and sometimes life can be deceiving
I'll tell you one thing it's always better when we're together

Yeah, it's always better when we're together
Mmm, we'll look at them stars and we're together
Well, it's always better when we're together
Yeah, it's always better when we're together

And all of these moments
Just might find their way into my dreams tonight
But I know that they'll be gone when the morning light sings
Or brings new things for tomorrow night you see
That they'll be gone too, too many things I have to do

But if all of these dreams
Might find their way into my day-to-day scene
I'd be under the impression I was somewhere in between
With only two, just me and you, not so many things we got to do
Or places we got to be, we'll sit beneath the mango tree now

Yeah, it's always better when we're together
Mmm, we're somewhere in between together
Well, it's always better when we're together
Yeah, it's always better when we're together

I believe in memories they look so, so pretty when I sleep
And when I wake up, you look so pretty sleeping next to me
But there is not enough time, and there is no, no song I could sing
And there is no combination of words I could say
But I will still tell you one thing, we're better together



p / s : Happy birthday. May Allah always be wid u


better together

ANDAI ITU YG TERSIRAT

Andai rasa yang terbit dihati ini
Satu anugerah Illahi…
Aku berharap biarlah ia hanya untukmu
Dan aku berharap agar ia kekal hingga ke syurga.

Andai rasa itu ditarik daripada diriku
Aku redha… Aku pasrah…
Kerana aku percaya,
Kau dan aku tidak ditakdirkan utk bersama.

Aku tidak pernah salahkan-Nya
Tetapi aku menadahkan telapak tanganku,
Dan mengucap syukur kepada-Nya,
Kerana Dia temukan kita walaupun ia hanya sesingkat ini.
Aku percaya, Dia Maha Mengetahui apa yang tersirat mahupun tersurat di dalam hatiku dan hatimu.

Percayalah, jodoh kita telah tertulis,
Di Luh Mahfuz jodoh kita telah tertulis
Aku hanya mampu tersenyum dengan ujian ini,
Dan berlapang dada.

Walaupun hati ini masih sukar utk menerima pemergian dirimu,
Aku akan cuba untuk menerimanya dengan redha.
Dan aku hanya mampu ucapkan,
Ya Allah, terima kasih kerana perkenalkan diriku kepada dirimu walaupun pertemuan ini hanya sesingkat cuma. Namun, banyak yang telah aku belajar daripada pertemuan ini.”

Jika kita tidak bertemu di dunia,
Aku berharap dan akan terus berdoa untuk bertemu dirimu di syurga.

Dan aku percaya, jodoh kita telah tertulis oleh-Nya



#throwback #WahaiBakalAdamku #IstikharahCinta


Monday, July 7, 2014

CERMIN DIRI

BACA, FAHAMI, RENUNG DAN AMALKAN

Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”


Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”


Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?


Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!


Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”


Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”


Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”


Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”


Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”


Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”


Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”


Ustaz :
"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”


Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”


Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”


Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”


Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”



Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”


Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”


Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”


Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”


Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”


Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”


Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”


Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!

Wednesday, June 18, 2014

DI SEBALIK KALIMAH SYAHADAH





Pastinya kalimah ni tak asing bagi kita. Kalimah yg menjadi password utk sesiapa yg memeluk Islam. Kalimah yg sering kita ulang sekurang-kurangnya 9 kali sehari di dalam solat dan pastinya bukan kalimah yg dipandang remeh. Kalimah ini terkandung maksud yg sungguh mendalam.

Walaupun kebanyakan yg title Islam bukan melalui kalimah ni.. tapi kita perlu tahu apa maksud yg terselindung dlm kalimah ni supaya kita tahu dan faham Islam yg kita pegang hari ni bukan hanya satu kalimah pernyataan, tapi satu ikrar aku janji yg sgt berat yg pastinya akan mengubah 360 darjah pandangan kita.


Kalimah 'لا إله' yg bermaksud 'Tiada Tuhan' di letakkan pada permulaan syahadah adalah utk mengosongkan hati kita drpd mana-mana 'tuhan' yg kita ambil sebagai 'yg paling diharapkan', 'yg paling ditakuti', 'yg paling dicintai', dan sebagainya, barulah perkataan ' إلا الله ' iaitu 'melainkan Allah' dilafazkan.


Meletakkan satu-satunya Tuhan dlm hati kita iaitu Allah yg selayaknya, kita takuti, kita patuhi, kita cintai, kita letakkan pengharapan dan tempat bergantung.


"Dan di antara manusia ada orang yg menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim (yang menyembah selain Allah) itu melihat, ketika mereka melihat azab (pada hari Kiamat), bahwa kekuatan itu semuanya milik allah dan bahwa Allah sangat berat azab-Nya (niscaya mereka menyesal)"
[Surah al-Baqarah : ayat 165]



Kalimah 'وأن محمدا رسول  الله ' merupakan ikrar kita mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul yg dipilih Allah sebagai pemimpin dan ikutan. Yang mana akan kita ikuti segala sunnah dan contoh teladan yang ditunjukkan sepanjang hayatnya.



Kedua-dua ikrar yg kita lafazkan ni, merupakan sumpah setia kita yg wajib utk kita buktikan melalui perlakuan sehari-hari.
Apakah benar, kita tidak menyembah Tuhan selain Allah dlm hidup kita??
Apakah benar kita mengikut segala contoh yg ditunjukkan oleh pemimpin kita, Rasulullah SAW???

Kita ada jawapannya sendiri.. Tepuk dada tanya iman. Tepuk dahi tanya akal.
Wallahualam..


Tuesday, June 17, 2014

RINDUKANLAH

Assalamualaikum.. okeh..
actually dis pot is for someone..
for you.. kak rin.. (hug)

Ku Benar-Benar Sayang
Pada Dirimu Oh Kasihku
Janganlah Engkau Ragu
Pada Diriku
 Dan Ku Berkelana Mencari
Harapan Yang Kita Impikan..
Dari Terbitnya Sang Suria…
Hingga Tenggelam..
Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu
Oh Janganlah Engkau Bersedih
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu
Rindu-rindukanlah Diriku
Sepanjang Hari-Harimu
Sayangku
Ku Adalah Milikmu
Sayangku Adalah
Milikmu Yang Kau Rindu..
Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu
Di Dalam Nafasmu
Sepanjang Hari-harimu..


even I always get angry to you..
and always make you sad..
it is just de only one reason.. I LOVE U.. always and still loving you..
I'm really sorry because we hardly had time to see each other..
but I do care for you..
take care kak rin..
Love you kak rin..



smile while you still have teeth :D

ecah rindu kak rin..


Tuesday, June 3, 2014

MUSLIM YANG BERIMAN

Assalamualaikum.. alhamdulillah.. bertemu lagi kita dlm entry baru ni...
Semoga kita berterusan dlm melakukan kebaikan dan beramal kpd Allah...

Alhamdulillah.. sampai ke saat ini, kita masih bergelar seorang muslim. Tapi, kita ni muslim yg bagaimana???
Cuba fikir balik...

Sesorang yg bergelar muslim tidak menjanjikan dia seorang yg beriman, tapi mereka yg beriman sudah pasti dia seorang yg muslim...

Hanya mereka yg yakin je akan mengamalkan Islam dgn sebenar-benarnya.. selebihnya, Allah telah berfirman;

"Orang-orang Arab Badui berkata, "Kami telah beriman." Katakanlah (kepada mereka), "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah 'Kami telah tunduk (Islam),' kerana iman belum masuk ke hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalmu. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
[Surah al-Hujurat : ayat 14]



Ada pelbagai cara utk seorang muslim tu mendapatkan 'keIslamannya' sama ada dgn pilihan dia sendiri atas kesedarannya, semata-mata utk sebuah perkahwinan atau pun yg paling biasa adalah melalui keturunan. Lahir-lahir dah Islam. Muslim by nature...

Dan.. ni la salah satu sb kenapa umat Islam hari ni, hilang identiti keIslamannya. Malah, semakin meningkat isu murtad dlm kalangan remaja hari ni, adalah berpunca drpd masalah yg mcm ni.


Ingat ni. Kita kena sedar bahawa nikmat drpd Allah apabila Dia 'memilih' kita utk agama Islam ni tanpa kita perlu buat 'pilihan sendiri'.. Lahir je dh dapat title MUSLIM. Tak mcm kawan-kawan kita yg non-muslim, yg sampai sekarang pun belum terbuka pintu hati utk memeluk Islam. Kalau kita kat tempat diorang, mungkin kita pun mcm diorang. 




KIta lahir sebagai muslim tak menjadi satu kesalahan. Tapi yg membahayakan tu, bila kita hanya title Islam pd IC tapi life mcm mereka yg tak punya agama, dan tak faham langsung tentang basic things in Islam.

Akhirnya, apa yg kita lihat hari ni, Islam yg kita pegang hari ni, hanya pada nama. Islam akan hanya menjadi warisan dan ajarannya hanya akan menjadi ritual  yg diamalkan turun-temurun, spt solat, puasa, hari raya. Pemakaian dan pemakan secara Islam pula akan dianggap kolot dan lapuk ditinggal zaman..


Remember this... When we find Allah, Allah will run to hug us. When we have Allah, we ave everything...
Jangan Islam hanya pada nama dan IC je. Kita sebagai muslim, kena berusaha utk meningkatkan iman kita dan berusaha utk menjadi umat Islam yg beriman, berilmu, beramal dan bertaqwa bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat juga. Insyaallah...

Jom kita hidupkan Islam dan Islamkan kehidupan kita.. Wallahualam...




Friday, May 9, 2014

DIA... CINTA ISTIKHARAHKU

Akhirnya Ku Menemukanmu....
Ku mengenalmu lewat Jiwa, bukan lewat Mata,

Aku menulis Namamu di Hatiku,
Aku memohon petunjuk kepada Rabb,

Ku yakin Rabb memberikan jawapanku dengan cara-Nya, kehendak-Nya serta Ilmu-Nya

Ku hanya bersabar dan terus bersabar dalam penantian,

Satu persatu petunjuk demi petunjuk yg muncul dalam mimpiku,

Hingga akhirnya ku yakin Allah bekerja sesuai dengan prasangka hamba-Nya.

Ku hanya kuat memohon dan terus berikhtiar 

agar Rabb mengirimkan "KAMU"....

Hingga akhirnya..
Rasa itu hadir,
Rasa itu tumbuh,
Rasa itu adalah kamu ..... .... .....

Aku hanya bersyukur dan terus bersyukur kepada Allah,

Allah menjawab doa-doa yg kutitipkan selama ini di kala hatiku galau..

Kini semuanya kukembalikan kembali jawapan tersebut kepada Allah,

Aku ingin menjalankannya semua ini dengan 

syar’i serta diredhoi olehMu ya Allah..

Ku hanya berharap agar hamba diberikan ketetapan hati selalu hingga akhirnya waktu yg dinantikan itupun tiba,

Ku hanya berdoa dan berharap agar rasa ini 

selalu tumbuh dan hinggap menemani nafas-nafasku selama dunia memainkan tempohnya hingga akhirnya ragaku pun terhenti...

Amin ya Rabb..

Betapa besar nikmat KurniaanMu,
Kau kirimkan padaku malaikat untuk menemani hari-hariku dalam episod kehidupanku..

Ya Allah...Mudahkanlah segala sesuatunya ini...

Hingga kelak Ikrar itu pun melafazkan irama 

dalam tautan kesaksian dihadapan-Mu..

Aamiin..Aamiin ya Rabbal’ Alamin..

Tuesday, May 6, 2014

BORNEO INTERNATIONAL MARATHON 2014

Assalamualaikum.. apa khabar sume??
sihat tak??

okeh.. baru2 ni.. 4th May 2014 ada Borneo International Marathon 2014..

hehe.. as always.. i'm participate in 10km Women's Open Run.. 
the very lucky one is, my leg start to cramp at 7km.. =.=

its ok.. still i can finish the run.. hehe..

cakap banyak pun tak guna.. meh tengok gamba.. sb,.
one picture can explain thousands words.. 

that's mine.. hehe.. 


medical doctor in QEH.. hehe.. yg tgh2 tu Dr.Lee KS..
comel kn.. :)

supposedly to be our food.. 

10km School's Boy 

Half Marathon.. tak sure bpe km

my batchmate... dtg2 terus posing minta di snap :)

my batchmate yg join 10km marathon

actually nk pose utk mkn aiskrim.. tp tak jadi.. haha

hehe.. berselfie dgn monopod yg dipinjam :P


so.. tahun dpan..jom la join Borneo Marathon 2015.. Bulan May jugak.. insyaallah.. hehe..
ramai2 kita amalkan gaya hidup sihat :)

for more info.. plz visit here.. Borneo International Marathon
peace.. no war..

Thursday, May 1, 2014

ILMU AGAMA???

Assalamualaikum semua…
Sihat tak? Mcm mana iman hari ni? Ada naik ke? Atau turun? Hehe…
Okeh.. hari ni nak share psl ilmu..

Sb nye.. ada la kan, terdengar psl someone ni… mempertikaikan ilmu dan ceramah agama drpd mereka yg dlm golongan berilmu mcm ustaz dan ahli ulama…
Rasanya, korang pun tau kan…

Okeh.. bila berbicara tentang agama ni.. mesti dlm akal kita dan otak kita golongan ahli agama, ustaz ustazah, ulama, mufti, kadi, imam dan yg seangkatan dengannya…
Pada zaman Rasulullah SAW, semua para sahabat baginda berlumba-lumba utk mendalami ilmu agama dan mereka tidak dikategorikan mengikut bidang dlm mendalami agama.
Semua para sahabat nabi, arif tentang agama, walaupun mereka dh ada kemahiran dlm bidang masing-masing…
Khalid al-Walid yg pakar dlm bidang ketenteraan dan peperangan, Othman bin Affan yg cekap dlm bidang perniagaan, bilal seorang hamba dan sebagainya.



Kita bergerak ke era yg seterusnya, Ibnu Sina sbg ahli perubatan, al-Khawarizmi sbg ahli Matematik, al-Batutta, ibnu sirrin dan ramai lagi ilmuwan Islam pada zaman dulu, semua pakar dlm bidang agama walaupun mereka ada kemahiran dan pakar dlm bidang yg tertentu.

Tapi… kenapa kita yg tak mahir dlm satu bidang pun pandai-pandai nak menuding jari kpd mereka yg lain? Kenapa kita yg hanya ada ijazah dlm bidang bukan agama, tak nak mendalami ilmu agama?? Dan kenapa kita letakkan urusan agama ni hanay kpd mereka yg ber’ijazah’ dan ber’jawatan’ agama je????
Cer fikir jap.. cer fikir..

Ha.. dlm kita tak berapa nak sedar.. sebab-sebab mcm ni la yg buat kita-kita ni jauh drpd ilmu agama..
Dan hasilnye… kita pulak yg mula pandang serong apabila mereka yg berada dibidang lain berbicara tentang agama, dan mengelak drpd mengambil tahu tentang ilmu agama sb kita bukan ahli..
Perkara mcm ni.. kita kena ubah pd diri kita dan minded kita.. kita ni dah lah perangai pun out.. rupa lagi la out.. apa salah nye, kita mendalami ilmu agama semampu kita sb benda yg kita anggap simple ni, is a basic things in us as muslim. Kalau benda simple pun tak tau, mcm mana klu kita ni dah berumahtangga dan ditanya oleh anak-anak kita tentang benda-benda simple mcm ni…

“Barangsiapa menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu, akan Allah memudahkan jalannya ke syurga”

Kita mesti tau apa yg wajib, harus sunat dan haram dlm kehidupan seharian kita supaya kita takde la ikut je secara membuta tuli.. At least, bila ada yg berbicara tentang ilmu agama, kita ada basic and kita boleh betulkan mereka yg berbicara dgn berlandaskan hadis dan dalil yg sahih…
Jangan la pulak kita nak hentam je tapi satu benda pun kita tak tau…


Contoh la kan… Bila kita apply and hantar resume utk cari kerja, mesti kita kena ada ilmu utk melaksanakan keje tersebut dgn baik, belajar ilmu yg berkaitan dan lalui sesi praktis utk keje yg kita apply…

Takkan la kita nak jadi muslim yg tak tau pape?? Takkan la kita nak jadi katak bawah tempurung? Takkan la kita nak jadi mcm ikan bilis??? Mata je yg terbuka tapi tak tau pape…
Tepuk dada tanya iman… tepuk dahi tanya akal..
Wallahualam…

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah me dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yg nyata bagimu…”
                                                         [Surah al-Baqarah : ayat 208]