#PrayForGaza

#PrayForGaza

SUPPORTERS

Sunday, July 22, 2012

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Ramadhan kembali menjelma lagi,
Akan terubat rindu di hati ini,..

Rinduku pada solat Sunat Terawih ,
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan
segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".

Rinduku pada taddarus Al-Quran ,
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Qur'an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat"

Rinduku pada malam Lailatul-Qadar ,
"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala,
maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rinduku pada segala-galanya di bulan ini..
Masih sempatkahku untuk menyempurnakan rindu itu,
Penuhilah hari-harinya dengan beribadat,
Kejarlah syurga dan jauhilah neraka,
Moga bahagia sepanjang hayat.

Ramadhan bukan sekadar menahan diri drpd lapar dan dahaga..
Ramadhan adalah utk kita memperbaiki hubungan dgn Pencipta..
Let's strive together to be productive muslim.. Insyaallah..


Wednesday, July 18, 2012

WAHAI BAKAL ADAMKU

Assalamualaikum.. Duhai calon suami dunia akhiratku...


Duhai calon pemilik tulang rusukku, aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu.

Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita. Ku kan berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus.

Duhai calon imam dalam solatku, aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan tanpa jemu aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum InsyaAllah akan menyempurnakan solat kita. Deru doamu teiring “aamiin” dari lisanku.

Dalam hening malam, air mataku takkan henti ku lepaskan dengan bercahayakan munajat doa.

Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku tersungkur dan jatuh.. lindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu.

Duhai calon pengusap air mataku, sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad..

Duhai calon ayah kepada bakal soleh-solehah kita, akan ku didik mereka dengan penuh tatang dan akan ku ceritakan kehebatan mu supaya mereka akan tunduk penuh hormat kepadamu kelak

Duhai calon nakhoda yang kan membawa keluargaku ke syurga… aku akan tempuhinya dgn redha dan penuh setia walaupun disakiti hati ini berkali-kali..

Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya cahaya iman…

Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri, agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu


Jika kau sedang marah kepadaku.. aku akan terima segala hukuman daripadamu agar, diriku dpt kemaafan daripada mu dan keredhaan daripada-Nya..


Aku tak banyak bicara sebabnya aku takut ketika aku menyapa, engkau tepesona pada apa yang kuucap

Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang engkau miliki, karena aku takut dapat memudarkan imanku

Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…

Aku menunggu lisan ijab darimu.


Ikhlas dari ku.. untuk mu... calon Adamku...



Wednesday, July 11, 2012

AKU CEMBURU


Ya Allah..

Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi dengan cinta,
Cinta kepada siapa?
Cinta kepada-Mu wahai Tuhan yang menciptakanku,
Jiwa mereka dihiasi dengan semangat jihad,
Hati mereka diterangi dengan nur cinta yang abadi,
Iman memenuhi kamar sanubari,
Jalan perjuangan sedia mereka tempuhi,
Walaupun mempunyai ranjau yang melukai..

Sedang aku di sini,
Dalam kesamaran masih tercari-cari,
Ke manakah hala tuju diri,
Setiap kelemahan berdikit-dikit ku cuba baiki,
Membersihkan kembali segumpal darah yang bernama hati,
Iman yang baru mula untuk berbuah,
Aku rasa begitu payah untuk dipertahankan..






Ya Allah hu Ya Fattahu Ya 'Alim..





Bantulah diriku yang lemah ini yang xberdaya lagi untuk mendekati CintaMU ya Allah..
Bukakan hatiku untuk mencintaiMu melebihi segalanya...
Jangan Kau biarkan daku rebah dek urusan duniawi, dek kejahatan manusia


Aamiinn.. Ya Rabbal 'alamin..

Sunday, July 1, 2012

MALUMU ITU BERHARGA


Assalamualaikum.. rasa cam dah penuh je sawang kat site ni.. Maaf. Admin sibuk dgn hal duniawi.. sehingga terlupa bahawa admin ada juga tugas lain yg perlu dan wajib d lunaskan. Apa dia?? sebagai dai'ie..


Ye, dengan cara blogging dan mewarkah typing di sini, berharap agar ia menjadi manfaat dan teladan utk pembaca dan pelawat di sini.


Saya akui, saya bukan la org yang baik. Tapi cuba menjadi yg lebih baik daripada hari ni dan semalam. Saya ingin kongsikan sesuatu mengenai MALU


Ada ke yg takde perasaan malu?? Ada ke yg rasa diri dia muka tembok ataupun kulit muka dia tebal 1 inci? Ada?? Kalau ada, saya teringin jugak nk tengok...




Apa sebenarnya malu ni? Malu ni coklat ke? or chewing gum?? Apa definisi malu ni???


Ok. 


Malu ni kalau nk ikut kamus satu feeling yg timbul dalam someone akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan yg tak dijangka atau yg dipamerkan secara spontan drpd diri sendiri atau drpd org lain.. faham ke??


Tapi.. klau mengikut pandangan ulama, Malu ni effect drpd keterbatasan diri sendiri dan timbul sesuatu keadaaan yg disebut "MALU" dan hakikat nye, ia mendorong seseorang tu utk meninggalkan sesuatu benda buruk dan mencegah segala larangan dan sifat-sifat yg tidak baik dlm memenuhi perintah Allah.


Seperti yg disebut dlm satu hadis


"Iman itu ada 70 cabang lebih, atau 60 cabang lebih. Yang paling utama adalah perkataan laa ilaaha illallah, dan yang paling rendah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan rasa malu itu cabang dari iman."
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Macam yg kita selalu dengar d mana2 ceramah atau tazkirah atau usrah atau halaqah, kita akan selau terdengar ayat nih.. "Malu tu sebahagian drpd iman"

Maknanye di sini.. jelas la seperti hadis d atas, bahawa malu itu adalah cabang-cabang iman. kira nye macam sub-unit iman la.. kalau takde rasa malu.. haa.. sendiri mau pikir la kan...

Tapi apa yg kita dapat lihat sekarang ni... Diorang kata malu.. tapi.. buat jugak dan ada tu tanpa segan silu bagi FREE SHOW... btul tak??


kita tengok je sekeliling kita sekarang ni.. remaja-remaja tanpa segan silu membuka aurat mereka, ringan-ringan dan ada yg sehingga ke bilik dan membuat yg tidak sepatutnya...


Dan malu ni terbahagi kpd 10 Jenis...


1. Malu sb buat salah, seperti malunya Adam AS yg melarikan diri saat di syurga. 
Allah bertanya, “Mengapa kamu lari dari-Ku wahai Adam?”
Adam menjawab, “Tidak wahai Rabbi, tetapi karena aku merasa malu terhadap Engkau.”

2. Malu sb keterbatasan diri, seperti malunya para malaikat yang sentiasa bertasbih siang malam, tanpa waktu senggang pun tanpa bertasbih. 

Namun begitu pada hari kiamat mereka berkata, “Maha Suci Engkau, kami tidak menyembah kepadaMu dengan sebenar-benarnya penyembahan.”

3. Rasa malu sb pengagungan atau rasa malu kerana ma’rifat.


4. Malu sb kehalusan budi. 

Contoh macam rasa malunya Rasulullah SAW saat mengundang orang-orang pada acara walimah Zainab. Karena mereka tidak segera pulang, maka beliau bangkit dari duduknya dan merasa malu untuk mengatakan kepada mereka, “Pulanglah kalian.”

5. Malu sb menjaga kesopanan dan tatasusila, seperti malunya Ali bin Abi Thalib ketika hendak meminta baju besi kepada Rasulullah SAW, karena dia bukan sahaja sahabat Nabi, tapi juga suami kpd puteri Nabi Muhammad SAW.


6. MAlu sb merasa diri terlalu hina, seperti malunya hamba yg memohon berbagai macam keperluan kepada Allah dengan menganggap dirinya terlalu hina untuk itu. Sehingga merasakan malu untuk meminta syurga kerana atas dosa-dosa lalu yg dilakukan


7. Malu sb cinta, iaitu rasa malunya orang yg mencintai dihadapan kekasihnya. Yg ni rasa nye tak perlu explain panjang-panjang.. sb korang memang PRO part-part cam ni ^_^


8. Malu sb ubudiyah. Apa ubuidiyah ni?? Okeh.. Ubudiyah ni maksud nye rasa malu yg bercampur dgn cinta dan rasa takut. 

Sebagai contoh, cam kita ni.. ubudiyah kita ni masih kurang, sementara Allah yg kita sembah terlalu agung, sehingga ubudiyah kita ini membuat kita merasa malu. Lebih kurang sama dgn no.6 tapi dlm konteks ni.. sifat ubudiyah ni rasa malu sehingga ada rasa penyesalan dlm diri. Faham kan..?

9. Malu sb kemuliaan seperti rasa malunya hamba yg memiliki jiwa yg murni tatkala berbuat baik atau memberikan sesuatu kepada orang lain. Sekalipun dia sudah berkorban dengan mengeluarkan sesuatu, tapi segan dgn kebaikan yg dilakukan sb nya dia masih merasa malu sb kemuliaan jiwa nya ada dlm diri dia.


10. Malu terhadap diri sendiri, iaitu rasa malunya seseorang yg memiliki jiwa besar dan mulia,  sehingga merasakan diri nya masih blum mendapat redha Illahi. Dia merasa malu terhadap dirinya sendiri, sehingga seakan-akan dia mempunyai dua jiwa, yang satu merasa malu terhadap yang lainnya. Ini merupakan rasa malu yang paling sempurna. Sebab jika seseorang hamba merasa malu terhadap diri sendiri, maka dia lebih layak untuk merasa malu terhadap orang lain.



So, agak-agak, kita ni takut mana???


Kalau rasa malu tu dah hilang.. ia ibarat benteng diri dah musnah sb takde kawalan untuk diri nya lagi..


Dan kalau malu tu hilang.. bila kita buat dosa  dah takde rasa apa-apa (hati kering) sb tu la terjadinya zina merata, aurat di "ON-OFF" sesuka hati je. Minum arak pun dh takde segan-segan ke hape.. Dan sehinggakan kalau menipu dan mencuri tu dah macam rutin harian sehingga takde langsung rasa sesal dan malu.


Tu la yg terjadi bila nafsu menguasai sifat malu.


Tapi INGAT!!!



Kita ni sebagai manusia.. bukan lembu.. Mesti hidup berlandaskan syariat bukan berlandaskan landasan nafsu semata. Nanti bila nafsu menguasai diri, ia makan diri sendiri
"Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."
[Hadis Riwayat Bukhari] 

Last but not least... Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat:

Hidupkanlah rasa malu dengan berkumpul bersama orang-orang yg mempunyai rasa malu. Hidupkanlah hati dengan kemuliaan dan rasa malu. Jika keduanya hilang dari hati, maka di dalamnya tidak ada kebaikan yg menyisa dan kebaikan itu akan lenyap sebegitu sahaja..