#PrayForGaza

#PrayForGaza

SUPPORTERS

Tuesday, May 15, 2012

NO PROBLEM.. NIKAH AWAL..



Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.”
[Hadis Riwayat Tirmizi]



Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan?

Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka.

Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa.

Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan?

Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup.

Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu.

Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah.

Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” – (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang.

Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri.

Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia.

Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.” – (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la.

Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus.

Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram?

Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.” – (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar?

Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya.

Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin.

“Orang yg bersedia mengubah dirinya adalah yg paling bersedia sebenarnya..”



6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal.

Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.

Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya.

Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: “Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.” – (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Monday, May 7, 2012

KAU YANG BERNAMA... SAHABAT


Rasulullah SAW bersabda:
" Allah SWT berfirman, orang-orang yg saling mencintai kerana keagungan-Ku, mereka akan mendapatkan mimbar-mimbar daripada cahaya sehingga para nabi dan syuhada berkeinginan (mendapatkan) seperti mereka"
[Hadis Riwayat Tirmizi dan Ahmad]

Persahabatan yg umumnya dianggap biasa, ternyata ada sesuatu yg tersurat dan tersirat.

Persahabatan yg cuma pada ucapannya, akan timbul kekaburan dan timbul satu feeling yg tak semestinya kekal sepanjang masa... Dan akan timbul pula KEMUNAFIKAN yg SANGAT BERKETRAMPILAN PENUH DENGAN GAYA, MUTU, DAN KEUNGGULAN

Ada lagi ke sahabat sejati? Kita ni sahabat sejati dia ke?

Kalau nk bersahabat, jgn lah kita pilih dia sebab KELEBIHAN yg dia ada. Sb nye.. bila kita nampak kelemahan dia.. nanti kita akan jauhkan diri drpd dia..

Kalau kita nk bersahabat.. Jgn kita pilih dia sb KEBAIKAN dia..sb bila kita nampak keburukan dia.. nanti kita bencikan dia..

Kalau nk bersahabat... Jgn kita pilih dia sb CERIA nya dia.. sb.. kalau dia tak boleh nk ceriakan kita, nanti kita larikan diri pulak

Sahabat sejati ni tak cam yg kita bayangkan.
Dia tak semestinya yg 1 daerah dgn kita.. Dan tak semestinya yg 1 sekolah dgn kita.. Dan dia tak semestinya 1 coursemate dgn kita...

Sahabat sejati ni, apabila kita terima dia seadanya dan kita sayangkan dia dunia dan akhirat. Sehinggakan apabila ada yg cuba membuka aib sahabat kita ni, kita akan bersungguh-sungguh untuk menutup aib sahabat kita tadi. Itu lah SAHABAT SEJATI.

Kita terima dia seadanya.. Kerana dia manusia biasa.. tak lari daripada kesilapan..
Jgn terlampau mengharapkan PERFECT sangat.. sb diri kita ni pun TAK se'PERFECT' mana.. Bersederhanalah dlm persahabatan. Insyaallah.. Kita takkan melihat kelemahan tu senagai satu kelemahan dan kecacatan.

Sebabnya.. Persahabatan yg kerana-Nya, dapat memberi redha Allah dan menyelamatkan kita pada hari akhirat kelak...


Alangkah indahnya jika hidup ni diwarnai dengan persahabatan abadi yg berlandaskan syariat yg ditetapkan. Bukan hanya pada ucapan yg semanis kurma.. Bukan hanya pada kemunafikan sifat plastik semata.. Tapi.. Ia dibina atas dasar ketakwaan dan niat yg tulus, suci dan murni.. Itulah yg kita harapkan.. Insyaallah.. SAHABAT SEJATI DI DUNIA DAN AKHIRAT... ^_^

Thursday, May 3, 2012

PASRAHKAN SEMUA KEPADA ALLAH

Kadang-kadang tak mudah untuk menyampaikan maksud hati, apalagi kalau alasannya belum bersedia atau bagi si wanita.. malu untuk menyatakannya..

Maka, jalan penyelesaiannya adalah dekatkan diri kpd Allah. Mohonlah jikalau dia baik untuk kita, mohon dimudahkan dan jika dia bukan untuk kita, mohon untuk kuatkan dan tabahkan hati kita. Perbanyakkanlah amalan-amalan yg mendekatkan diri kita kpd-NYA, sehingga cinta kita kpd-NYA takkan terpadam dan semakin bertambah cinta kita kpd-NYA.

DIA yg Maha Pencinta, DIA pemilik hati kita. sb tu la kita seharusnya mengadu dan mengembalikan perasaan kita.
Disini ingin saya kepilkan sekeping doa yg sangat indah. Ucapkanlah doa ini dgn pnuh hikmat, dan lebih elok dan digalakkan dibuat pada dua pertiga malam terakhir. Insyaallah, akan terasa betapa besar cinta kita kpd-NYA dan takkan dikalahkan dgn cinta kpd yg lain.


Ya Allahu Rabbi
Hamba meminta...
Seandainya aku jatuh cinta,
jgn KAU  biarkan rasa cinta ini mengurangkan sedikit pun rasa cinta kpd-MU sehingga membuat diriku lupa akan hadirnya ENGKAU..

Ya Allahu Rabbi
Seandainya aku jatuh cinta..
Penuhilah hatiku dgn bilangan cinta dariMU,
supaya cintaku kpd-MU tetap teguh dan utuh..

Ya Allahu Rabbi
Seandainya aku jatuh cinta..
pilihkan aku seseorang yg hatinya dipenuhi dgn cinta-MU dan kecintaannya kpd-MU, sehingga membuatkan diriku ini mengagumi diri-MU..

Ya Allahu Rabbi
Seandainya aku jatuh cinta..
Pertemukanlah kami..
berikanlah kami kesempatan utk bersama-sama mendekati cinta-MU

Ya Allahu Rabbi
Pintaku yg terakhir..
Seandainya aku jatuh cinta..
Jgn KAU palingkan wajah-MU drpd ku..
Anugerahkan diriku cintaa-MU, cinta yg takkan pnah padam dan takkan pupus walau ditelan waktu..

Aamiin.. 

Tuesday, May 1, 2012

JANGAN SESEKALI


Assalamualaikum wbt,

Jangan sesekali kita berbangga dengan gelaran "Muslimin dan Muslimah sejati" jika sahabat kita berbuat maksiat di depan mata menegur dengan niat untuk menegakkan Agama dan Hukum Allah SWT semata-mata kita masih ragu-ragu dan tidak berani untuk menegaskannya.

Jangan sesekali berasa sangat benar "mencintai Allah SWT" jika di dalam kehidupan seharian kita masih Menyayangi Dunia dengan bermacam-macam alasan, ada lagi di antara Nikmat-nikmat Duniawi yang masih belum dikecapi sedangkan Maut itu sedang menanti kita pada bila-bila masa.

Jangan sesekali yakin dengan berdakwah itu sebagai tanda kita cintakan kepada Rasulullah SAW sepenuhnya sebagai As-Sunnah jika akal dan fikiran sahaja yang menyampaikan sedangkan hati dan lidah kita masih lagi senentiasa Lalai dibasahi dengan keasyikan cinta,keseronokan dan kenikmatan duniawi semata-mata.



Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya Aku diutuskan kerana menyempurnakan Akhlak yang Mulia"
[Hadis Riwayat Imam Malik]

Allah SWT berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sampai harta benda kamu melalaikan kamu, dan janganlah sampai anak-pinak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah"
[Surah Al-Munafiqun:9)


Abdullah bin Busr meriwayatkan, Rasulullah SAW ditanya seseorang:
"Wahai Rasulullah, banyak Syariat Islam saya ketahui. Sekarang beritahu saya sesuatu yang senantiasa dapat saya lakukan!" Kemudian Rasulullah SAW bersabda; "Basahi lidahmu dengan berzikir kepada Allah SWT"
[Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad]