#PrayForGaza

#PrayForGaza

SUPPORTERS

Saturday, October 15, 2011

SETITIK AIR MATA SEJUTA MAKNA

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kita masih dikurniakan umur yg panjang utk terus beramal dan melakukan ibadah yg dituntut dlm Islam.

Satu persoalan yg ada dlm diri saya sekarang.

Pernahkah kita menangis?

Utk apa kita menangis?

Mengapa kita perlu menangis?

Tatkala kita lahir menangis, orang-orang di sekeliling kita tertawa utk menyambut kelahiran kita.

Namun begitu, orang-orang yg kita tinggalkan, menangis pilu saat kita menutup usia… Dan di saat itu, apakah kita turut menangis atau tertawa bahagia kerana akan berjumpa dengan Pencipta kita?

Adakah amal kita lebih banyak dari dosa yg kita lakukan sepanjang hidup kita di dunia yg penuh dengan dugaan ini?

Adakah amal hidup kita ini hanya dengan lahir, hidup, mati kemudian dilupakan orang di sekeliling kita? Lalu setelah itu pasrah, rebah di bantalan tanah, cemas menanti pengadilan akhir yg pasti tiba.

Gelombang fitnah semakin menggelora dlm kehidupan, sehingga kita yg berbudi pekerti berubah secara drastik menjadi seorang yg bingung. Di situ, kita bersendiri sambil melakukan muhasabah diri kerana kekurangan dlm beribadah kpd ALLAH dan beramal soleh, kelalaian diri kita mengingati ALLAH dan kerasnya hati.

Di saat itu, kita menitiskan air mata kerana diselubungi rasa takut dan murka kpd ALLAH SWT. Sekaligus, kita bersedia utk betemu dgn-NYA.

Semoga ALLAH menjadikan air mata yg jatuh di sudut-sudut mata kita adalah air mata yg berharga dipandangan-NYA

ILMU penyuluh hidup

AMAL bekalan perjalanan

AKHLAK hiasan jiwa

Peribadi menuju AKHIRAT yg sudah pasti. Insyaallah. Wallahu’alam.

Sunday, October 9, 2011

CINTA: MENCARI ATAU MENJADI???

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI. betul kan? (^_^)

Wednesday, October 5, 2011

5 CIRI MUSLIM MEMARTABATKAN KEMBALI IMEJ UMAT YG TERBAIK


Generasi yg terbaik adalah umat islam itu sendiri. Dan, ianya tidak mustahil jika kita sebagai umat islam, kita sendiri yg memartabatkan kembali maruah dan imej umat islam pada hari ini.

Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan menegaskan bahawa, ada LIMA kriteria yg perlu ada dan melayakkan kita sebagai umat islam itu sendiri untuk menjadi cemerlang, terbilang dan gemilang di masa depan dan akhirat. Insyaallah

1) Mu’ahadah bermaksud ungkapan kita terhadap ALLAH SWT semasa perjanjian yg kita buat dgn-NYA sewaktu alam arwah (sblum dilahirkan)

Perjanjian ini kita berjanji bahawa ALLAH ialah PENTADBIR dan PENCIPTA sekelian alam.

Di dalam firman ALLAH SWT:

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun temurun) dari (tulang) belakang manusia, dan DIA jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri (sambil DIA bertanya dgn firman-NYA): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar, (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian itu supaya tidak berkata pada hari kiamat: Sesungguhnya kami lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”

[Surah Al-A’raf: ayat 172]

Perjanjian ini juga mendedahkan hakikat sebenar asal-usul kita hanya hamba ALLAH yg diciptakan utk mengabdikan diri kpd-NYA dgn melakukan perintah-NYA dan meninggalkan larangan-NYA. So, sedarlah wahai kawan-kawan. Walau tinggi mana pangkat or taraf pendidikan kita, kalau kita derhaka kpd-NYA, nerakalah tempatnya.

2) Muraqabah pula bermaksud kita merasai kehadiran-NYA da sentiasa merasakn bahawa kita ni ada dlm pengawasan-NYA. Macam CCTV la.

Bila kita rasa cam ni, kita akan sentiasa fikir banyak kali kalau nak buat sesuatu. Contoh macam, nak ponteng kelas, sebab nak pegi dating or ponteng keje sebab nak bercuti dengan awek dan macam-macam lagi.

Bila kita ada perasaan muraqabah ni, kita akan sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam melakukan apa jua perkara yg terlintas di hati mahupun di akal fikiran kita sendiri.

At the same time, kita akan sentiasa terjaga amalan-amalan kita dan ianya jadi perisai kpd diri kita (macam Firewall dlm PC @ laptop). Then, kita pun sentiasa ready and semangat and ikhlas utk mencapai keredhaan ALLAH.

3) Muhasabah bermaksud kita menilai dan reflect balik amalan, perbuatan dan perjalanan hidup kita sama ada secara langsung or tak.

Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap insan itu pasti melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yg melakukan kesilapan itu ialah mereka yg sentiasa bertaubat”

[Hadis Riwayat Tirmizi & Ibnu Majah]

Then, ianya jelas bahawa jika kita sentiasa bermuhasabah diri, kita akan sentiasa mengambil pengajaran dan seterusnya bertaubat dan memohon keampunan drpd ALLAH supaya kita tak terjebak ke dlm lubang-lubang dosa dan maksiat. Apa lagi yg kita tunggu? Ajal maut semua ketentuan ALLAH. Jgn pulak bila dh nk mati, baru nk menyesal dan bertaubat. Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian, takde guna lagi. Ingat tu.

4) Next, Mu’aqabah. Ia bermaksud beri hukuman dan denda kpd diri kita bila kita buat doasa or silap secara langsung atau tidak langsung. Berilah hukuman yg setimpal tp jgn sampai memudaratkan diri sendiri

Contohnya, kalau kita ter’mengumpat’ kan. Kita nk hukum diri kita tak boleh makan dan minum sampai seminggu. Ha. Jgn la sampai cm tu. Tu dah kira memudaratkn diri.

Denda ni bukan tujuan nk menyeksa diri kita tapi, ia lebih kpd mcm utk menginsafkan diri kita. Supaya kita tak lakukan kesalahan yg sama pada waktu yg akan datang. Insyaallah.

5) Mujahadah pula berusaha bersungguh utk menegakkan kalimah ALLAH.

Kita dituntut utk berjihad tapi tak bermaksud kita kena turun berperang dgn bom atom ke, meriam besi ke. Dlm konteks ni, maksudnye, kita kena berjihad dan berjuang utk memerangi nafsu, berjihad menepis semua cemuhan dan ancaman musuh Islam, membasmi kemiskinan, meningkatkan ekonomi Islam, menegakkan keadilan Islam, berdakwah dlm menyebarkan Islam dan sebagainya.

Insyaallah, dengan ciri-ciri dan kriteria-kriteria ni, kita (umat Islam) bukan sahaja Berjaya di dunia, bahkan juga di akhirat sana. Insyaallah. Semoga kita akan mencapai kejayaan dan kegemilangan dalam penentu hala tuju hidup kita.

Wallahualam.