#PrayForGaza

#PrayForGaza

SUPPORTERS

Wednesday, June 22, 2011

SAHABAT... KITA DAN DIA...

Assalamualaikum. Alhamdulillah… d beri nafas dan kekuatan utk beribadah dan berbuat amal kebaikan. Dan bersyukur juga sb, dapat meluangkan masa utk coretkan di blog ini. Walaupun tidak la sehebat org yg karyawan, saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan dan sahabat-sahabat saya.

Hmm… Pe makna sahabat ye… kita seringkali mengucapkan kpd rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita. Ada tak kita terfikir, apa sifat-sifat sahabat yg ada pada kita dan orang lain? Mari saya kongsikan kpd anda

i. Kalau kita buat baik kpd dia, dia akan melindungi kita

ii. Kalau kita rapatkan persahabatan tu, dia mesti balas baik dalam hubungan persahabatan kita yg terjalin dgn dia. (btul tak? Cuba renung2 kan balik)

iii. Kalau kita dlm kesusahan & perlukan pertolongan, mesti dia datang membantu… Insyaallah… dgn rela hati plak tu.

iv. Kalau kita tolong dia dalam kesusahan plak, dia akan terima dgn terbuka dan dia akan ingat sampai bila-bila… Cam peribahasa orang zaman sekarang. Kecik tapak tangan, stadium saya tadahkan. ^__^

v. Kalau kita dalam keaiban, dia mesti cpat2 cover kita. Contohnya, ada member kita cakap,

“Eh, dia tu kan gedik la. Semua kawan lelaki nak kawan dgn dia”
tapi… sahabat kita akan jawab,

“mana ada. Dia kan rapat dengan semua orang. Lagi pun, boys memang selesa kawan dgn dia sb dia boleh faham boys more than gurlz”

vi. Kalau kita tengah diam jek fikir masalah kan, dia mesti datang dan tanya kat kita.

vii. Dan dia tak ragu-ragu utk meringankan beban kita.

viii. Dan dia akan percaya segalanya yg kita cakap.

ix. Kalau kita ada plan yg baik (baik punyerrr) kan, dia mesti support dan tolong kita supaya plan tu menjadi

x. Kalau kita ada berselisih faham dgn sahabat kita tadi, dia yg akan mengalah dulu. Kalau tak percaya, cuba try.

Semua tu hanya pengalaman dan cerita dari teman-teman, sahabat-sahabat dan tak lupa juga, abah & mak saya.

Tapi abah dan mak saya cakap,

"sahabat yg paling baik utk kita adalah suami / isteri kita"

Waallahu’alam. Hanya berkongsi dan menceritakan kepada semua. Semoga kita semua akan berhubungan baik dalam persahabatan yg dijalinkan.

Sunday, June 12, 2011

MUSIBAH

*♥♥Setiap musibah terselindung nikmat*♥♥
Firman Allah yang bermaksu
d:
"Dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahanmu)."
(Surah Asy-Syura, ayat 30)


Rasulullah SAW bersabda:
"Sungguh aneh bagi seseorang mukmin itu, seluruh keadaan yang menimpa dirinya dianggap sebagai sesuatu kebaikan bagi dirinya. Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapapun kecuali seorang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika mendapat kesusahan lalu dia bersabar, maka perkara itu akan mendatangkan sebuah kebaikan bagi dirinya."
(Hadis riwayat Imam Muslim)


Abu Hurairah pernah bersama Rasulullah SAW menziarahi seorang yang menderita penyakit demam.
Rasulullah bersabda kepada pesakit itu yang bermaksud:
"Beritakanlah khabar gembira, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla pernah berfirman: Penyakit itu adalah api-Ku yang Aku timpakan kepada hamba-Ku yang mukmin di dunia ini supaya dia dapat selamat dari api neraka pada hari akhirat nanti."

(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila seseorang hamba itu sakit atau dalam perjalanan (musafir), maka akan dicatat baginya pahala perbuatannya seperti yang dia kerjakan ketika mukim dan dalam keadaan sihat."
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)


Wahab Munabih berkata:
"Sesungguhnya umat sebelum kamu, apabila salah seorang di antara mereka tertimpa bala, dia menganggapnya sebagai kemewahan dan apabila dia mendapat kemewahan, dia menganggapnya sebagai bala."

Setiap yg berlaku itu ada hikmah d sebaliknye.. Jgn la pula kita sbgai hamba-NYA, melupakan-NYA apabila kita dlanda musibah dan mula mencerca pemberian-NYA kpd kita.. Anggaplah ia adalah ujian dan dugaan utk kita supya kita lebih mendekatkan diri kita kpd-NYA.
Wallahu'alam..