#PrayForGaza

#PrayForGaza

SUPPORTERS

Sunday, May 29, 2011

THE TREE OF LOVE TO ALLAH

Seringkali kita berkata, kita sayang ALLAH… Cintakan Islam… Tetapi.. adakah kita mengahayatinya seperti mana kita melafazkannya??? Rasa sayang dan cinta kita kepada ALLAH, ibarat pohon-pohon yang sihat tumbuh menghijau di bumi ciptaan-NYA ini… dan setiap bahagian pada pohon-pohon ini ada mengandungi maksud-maksudnya tersendiri…

* AKAR : ketundukan kepada ALLAH

* BADAN: pengenalan mendalam terhadap ALLAH

* DAUN: rasa MALU kepada ALLAH

* RANTING: rasa TAKUT kepada ALLAH

* BUAH: keTAATan kepada ALLAH

* UNSUR LAIN (matahari, air, tanah) : INGATAN kepada ALLAH

Jika hilang salah satu dari kompeni ini, maka CACATLAH CINTA kepada ALLAH

-Ibnu Qayyum-

* Islam bukan sekadar HOBI… Juga bukan untuk SERONOK-SERONOK sahaja… Islam itu ialah kamu YAKIN sungguh-sungguh dengannya dan kamu KOMITMEN dengan PENGORBANAN… Usalah kamu merasa cukup dengan mengatakan “SAYA SAYANGKAN ISLAM” atau “I LUV ISLAM”

Semoga kita terdiri daripada golongan-golongan yang berilmu, beramal, beriman dan bertaqwa di dunia mahupun di akhirat… Wallahu’alam

video

Tuesday, May 17, 2011

ADA APA DENGAN SOLAT?


Assalamualaikum. bersyukur lagi kita kerana diberi nafas dan diberi hidayah untuk beramal ibadah dan melakukan perintah Allah SWT.
Ingin saya kongsikan sesuatu kerana masalah nih sudah semakin kronik di kalangan kita pada hari ini tak kira la muda ke tua ke, tinggi ke rendah ke, sihat ke sakit ke n macam2 lagi.

Solat?? kenapa masih ada yg memperlekehkannya?

Siapa tinggal satu waktu solat dengan sengaja, maka dia telah kafir terang-terangan. Dalam Islam, jika mencuri kena potong tangan. Tapi kalau tak solat, hukuman mati

Ada 1 QUOTES dari seorang teman yg mungkin boleh membuatkan anda kembali SOLAT:

Dunia ini panas

Solat itu showernya

Dunia ini rimas

Solat itu aircondnya

Dunia ini celaru

Solat itu tamannya

Dunia ini resah

Solat itu happy-hournya

Dunia ini beban

Solat itu fulkrumnya

Dunia ini kejam

Solat itu motherly-in-nature

Dunia ini kelam

Solat itu torch-lightnya

Dunia ini evil

Solat itu Los Angeles-nya

Dunia ini gila

Solat itu gila bestnya

Dunia ini sementara

Solat itu kekal selamanya

Bagi saya pulak Solat is refreshing.. Tak percaya? cubalah! :)



video


"Dalam rukuk dan sujud. Ku letakkan diri sekerdil mungkin. Sambil mulut basah dengan pujian pada-Nya. Berteleku antara dua sujud. Khusyuk mengharap ampunan dan belas ihsan Allah yang maha penyayang. Bersimpuh dalam Tahiyyat. Kupacakkan ibu jari kakiku, juga telunjuk mengiyakan Shahadat. Merendahkan diri dalam lafaz pujian. Memuliakan Junjungan S.A.W"

Friday, May 13, 2011

10 SIFAT CALON SUAMI YG BAIK


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


Jika anda seorang WANITA, carilah lelaki yang MEMPUNYAI sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang LELAKI, jadilah seorang lelaki yang MEMPUNYAI sifat-sifat berikut.
Wallahu'alam.. (^_^)

Tuesday, May 3, 2011

WAKTU-WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA




1. Ketika hujan.


2. Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat.


3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah; pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan." (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Al-Azkar).


4. Waktu antara azan dan iqamat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ditolak doa yang dipohonkan di antara azan dan iqamat".

5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.


6. Ketika sujud dalam solat.


7. Ketika khatam al-quran (30 juzuk).


8. Sepanjang malam, terutamanya di sepertiga malam akhir dan pada waktu sahur.


9. Sepanjang hari Jumaat.


10. Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yakni antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari jumaat.


11. Antara waktu Zohor dan Asar dan antara waktu Asar dan Mahgrib.


SELAMAT BERAMAL.. ^_^
Wallahu'alam..